Joomla TemplatesWeb HostingFree Money
SAHABAT GPMS

~Jom Jadi Sahabat GPMS~

1. Muat Turun

2. Isikan Maklumat

3. Email Kepada Kami!

@ Kunjungi Pejabat GPMS Perak

LOGIN PENGGUNA
KUNJUNGAN
SIAPA DI TALIAN
We have 3 guests online
LAMAN UTAMA LAMAN UTAMA

Selamat Datang Ke GPMS Perak

KURSUS LANJUTAN PERKADERAN

Salam,

Setelah Kursus Perkaderan GPMS Perak jayakannya, kini tiba Kursus Lanjutan Perkaderan GPMS Perak yang bakal berlangsung di Pasir Salak Resort anjuran bersama Biro Tatanegara Cawangan Negeri Perak. Penyertaan kali ini, menemukan beberapa peserta yang telah mengikuti dan pemimpin-pemimpin pelajar seluruh negeri Perak. Dalam program kali pengisiannya mungkin berbeza dari kursus yang lalu. Maka diharapkan para peserta tidak serik untuk bersama dengan GPMS Perak.

Pihak GPMS Perak doakan agar program ini berjalan dengan baik dan lancar serta mendapat rahmat dan hidayah Nya.

Terima kasih.

 

KEAHLIAN BARU

Salam

GPMS Perak, sedang membuat proses keahlian baru kepada semua ahli lama dan baru. Keputusan proses pemutihan untuk menilai keahlian sebenarnya ahli GPMS seluruh Negeri Perak. GPMS Negeri Perak telah memulakan langkah menyerahkan borang keahlian kepada Yang Dipertua GPMS di peringkat cawangan. Jika sesiapa Yang Dipertua belum mendapatkan borang tersebut boleh berbuat demikian untuk menghubungi beliau.

GPMS Perak memohon jasa baik pihak YDP cawangan untuk gerakkan mencari ahli baru dan menggerakkan program yang berbentuk pendidikan di peringkat akar umbi.  Segala pertanyaan atau kemusykilan terus menghubungi Saudara Razali.

Terima kasih.

 

TAHNIAH!!! MAT SAAD EXCO MBN PERAK

Salam kepada semua pelayar Laman ini,

Sudah lama tidak ketemu dalam berita yang terbaru. Semalam baru selesai Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Belia Negeri Perak yang ke-15, di mana julung-julung kalinya ada pertandingan pemilihan Jawatan dari Pengerusi sehingga pemeriksa kira-kira. GPMS menghantar seramai 2 orang calon untuk bertanding iaitu Saudara Hasnul Fairuz bin Hushin Amri bagi jawatan Naib Pengerusi 1 dan Mat Saad Shafaai selaku Bendahari GPMS Perak bertanding bagi jawatan Exco MBN Perak.

Last Updated (Monday, 22 February 2010 14:10)

Read more...

 

Kembara Didik..usaha dekati pelajar..dekati GPMS..

Program Kembara Didik yang telah dirancang telah pun bermula di SM.Tun Abdul Razak Selekoh pada 15 Mac 2010. Walaupun ia bertujuan untuk memberi bimbingan dalam perubahan sikap ke arah kecemerlangan pelajaran berteraskan agama namun usaha yang dilakukan ini berdasarkan sambutan yang diterima menunjukkan program ini mampu mendekati pelajar untuk mendekati GPMS. Bermula dengan motivasi dan slogan berani berubah dan "To  keep on leading...we have to keep on learning.." pelajar-pelajar akan mampu untuk mengembangkan bakat kepimpinan dan potensi intelek untuk bersama berusaha menjayakan program GPMS..setidak-tidaknya mereka boleh berperanan membantu mengendalikan kelas bimbingan akademik, membantu mengadakan seminar dan sebagainya. Adalah menjadi harapan setiap sekolah yang diadakan Kembara Didik ini dapat mewujudkan Kelab Sahabat Gpms di sekolah sebagai satu jaringan untuk satu perkongsian mencapai kejayaan dengan pelajar-pelajar Melayu di seluruh negeri Perak sesuai dan bertepatan dengan nama Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung.

Last Updated (Tuesday, 16 March 2010 10:57)

 

Tahun 2010, Lonjakan Perubahan Program dan Aktiviti GPMS Perak


Terima kasih kepada semua pelayar laman web GPMS Perak. Detik perubahan mula dirasai dan semakin bersama untuk membawa perubahan. GPMS Perak tetap utuh dan kukuh seperti dahulu, kini dan akan datang. Cuma GPMS Perak kini telah berdaftar dengan Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Belia, Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia. Nombor pendaftaran GPMS Perak PPBM 0021-4792/09. GPMS Perak akan merangka program dan aktiviti yang bersesuaian serta berdasarkan Mukadimah GPMS. Dalam merangka program GPMS mesti sepakat dan seiring dengan nadi perubahan. Saya, sebagai Pengerusi GPMS Negeri Perak akan menyenaraikan beberapa program untuk ditayangkan kepada semua pelayar laman web ini, untuk mendapatkan komen serta pandangan yang membina bagi membentuk aktiviti GPMS yang mantap dan dekat dengan pelajar.

Last Updated (Monday, 09 November 2009 13:18)

Read more...

 
Saudara Pengerusi

Lontarkan pandangan, cadangan & komen anda terus kepada Pengerusi :

hasnulfairuz@yahoo.com

UNDIAN
Mampukah 'Kepimpinan Muda' memimpin dengan berjaya?
 
RUANGAN IKLAN

Berminat untuk membuat tempahan seperti :

1. Baju T

2. Baju Korporat

3. Topi & Beg

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Perbesama Enterprise di talian 019-4781727 / 012-5219324.