Joomla TemplatesWeb HostingFree Money
SAHABAT GPMS

~Jom Jadi Sahabat GPMS~

1. Muat Turun

2. Isikan Maklumat

3. Email Kepada Kami!

@ Kunjungi Pejabat GPMS Perak

LOGIN PENGGUNA
KUNJUNGAN
SIAPA DI TALIAN
We have 2 guests online
LAMAN UTAMA LAMAN UTAMA

Selamat Datang Ke GPMS Perak

Merdeka kita...negara kita...kibarlah bendera kita ..Jalur Gemilng!!

 

Bersyukur kita kerana sambutan kemerdekaan tanahair kita yang tercinta Persekutuan Tanah Melayu akan di sambut dalam Bulan Ramadan yang mulia dan banyak keberkatan. Saya rasa terpanggil untuk menulis tentang bendera dalam bulab kemerdekaan ini kerana ingin mengajak semua rakyat Malaysia untuk bersama mengibarkan bendera Jalur Gemilang pada 31 Ogos dan 16 September Hari Malaysia.

Saya tertarik dengan penulisan Mohd Ayop Abd Rashid,Ketua Unit Komunikasi Media Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Kementerian Komunikasi Dan Kebudayaan yang menulis artikel dalam akhbar Utusan Malaysia sempena sambutan Bulan Kemerdekaan Negara ke 53 yang bertajuk 'Bangkitkan semangat patriotisme'. Berikut adalah penulisan beliau tentang bendera.

Dari sudut sejarahnya, bendera telah digunakan lebih dari 5,000 tahun lamanya. Bendera telah digunakan oleh pelbagai bangsa dan negara mempunyai variasi yang unik mulai dari bentuknya, gaya warna serta gambarnya.

Bagi sebuah negara yang berdaulat, bendera merupakan simbol dan identiti penting bagi negara itu. Bendera juga memiliki makna ideologi sesebuah negara. Ilmu tentang bendera dinamakan Veksilologi ( Vexillogy)

Istilah Veksologi berasal daripada kata vexillum ( bentuk jamak vexilla) iaitu bendera zaman Romawi Kuno yang berbentuk bujur sangkar. Istilah ini mula digunakan pada tahun 1957 oleh seorang Amerika Syarikat (AS) bernama Whitney Smith.

Kajian ilmu Veksisologi ini cikup luas cakupannya merangkumi sejarahnya, reka bentuknya, bahagian-bahagian dari bendera tersebut protokol-protokol bendera dan apa jua perkara yang berkaitan dengan bendera.

Pada awal kewujudannya, bendera digunakan untuk membezakan pihak yang sedang berperang. Kemudiannya berkembang sebagai simbol kelompok masyarakat, kelompok agama  serta kelompok-kelompok lainya. Akhirnya bendera berkembang menjadi simbol negara bangsa dan juga organisasi -organisasi seperti yang ada sekarang.

Jelaslah kewujudan bendera itu mempunyai akar umbinya sendiri. Seorang warganegara yang baik dan prihatin terhadap kadaulatan negaranya akan memberikan penghormatan sewajarnya terhadap bendera tanahairnya. Ia tidak akan memijak, menconteng dan mengoyakkan bendera tanahairnya. Ia juga akan memastikan bendera yang ingin dikibarkan itu berada di dalam keadaan yang baik dan sempurna.Justeru itu ia tidak akan mengibarkan bendera yang sudah koyak, lusuh atau luntur 'wajahnya' supaya ia kukuh dan berkibar dengan megahnya di angkasa.

Bagi seorang perajurit atau warganegara yang mempunyai semangat patriotisme yang kental maka ia akan memegangnya dengan penuh hati-hati agar ia tidak akan jatuh ke tanah. Bendera akan dibentang dan akan dilipat dengan baik dan tertib serta diletakkan di tempat yang bersih dan layak.

Dalam peperangan bendera yang dijulang oleh para perajurit dapat membangkitkan semangat juang yang tidak ternilai sehingga ke titisan darah terakhir.

Ketika negara kita diistiharkan merdeka..saat yang paling dinantikan ialah penurunan bendera penjajah. Tapat pada jam 12 tengahmalam 31 Ogos 1957. Bendera Union Jack diturunkan lalu bendera negara kita dikibarkan sebagai tanda lahirnya Persekutuan Tanah Melayu sebagai sebuah negara yang merdeka. Bendera adalah saksi sejarah terhadap kemerdekaan, kedaulatan dan kewujudan identiti kita sebagai sebuah negara yang berdaulat di pentas antarabangsa.

Bendera bagi sesebuah negara tutut dihargai oleh negara dan bangsa lain. Misalnya, apabila ketua tertinggi sesebuah negara itu mengadakan kunjung hormat ke sebuah negara lain maka bendera negara tamu itu akan turut dikibarkan mengikut protokolnya. Sebaliknya bendera bagi sesebuah negara juga sering dijadikan sasaran oleh negara lain terutamanya ketika saat krisis kedua-dua negara itu menjadi genting. Mungkin rakyat dari salah sebuah negara itu yang berkrisis itu menunjukkan kemarahan atau protes mereka dengan cara membakar,mengoyak, mengijak-ngijak bendera seterunya.

Justeru itu sewajarnya di seluruh pelusuk tanahair pada saat bulan kemerdekaan ini terutama menjelang 31 Ogos yang semakin hampir ini maka sepatut kita dapat menyaksikan 'Jalur Gemilang' berkibaran dengan megahnya di premis-premis bangunan,kediaman dan kenderaan. Ada benarnya mengibarkan bendera itubukannya satu-satu cara untuk menunjukkan semangat patriotisme tetapi setidak-tidaknya sambutan kemerdekaan negara yang disambut setahun sekali itu dizahirkan melalui kemeriahan dan suasana kibaran Jalur Gemilang dan dilakukan dengan penuh penghayatan terhadap erti sebuah kemerdekaan.

Berdasarkan pengertian bendera sebagai satu simbol kita mempunyai negara yang berdaulat, marilah kita bersama-sama memeriahkan suasana sambutan hari kemerdekaan negara kita ke 53 dengan mengibarkan Jalur Gemilang. Semua remaja dan pelajar-pelajar Melayu mestilah menunjukkan semangat patriotisme dengan mengibarkan bendera di rumah masing-masing..kalau tidak kita siapa lagi..bersama kita berdoa agar negara kita berada dalam keadaan aman damai harmoni di mana semua kaum berbilang bangsa dan pelbagai agama dapat hidup bersatu padu dan ceria. Dengan adanya negara yang aman damai..pelbagai aktiviti yang menguntungkan dapat kita sama-sama nikmati bukan sahaja di dunia malah persiapan kita di akhirat dapat kita lakukan bersama. Bersyukurlah dengan adanya kemerdekaan. Bersamalah kita kibarkan Jalur Gemilang..negara kita tanggungjawab kita..

 

 

 

 

 

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI

Salam,

Sempena akhir bulan Ramadan ini, Pengerusi GPMS Perak dan seluruh Jawatankuasa GPMS Perak ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. Sepanjang usaha pihak GPMS Perak melaksanakan program dan bantuan kepada pelajar, GPMS Perak memohon maaf jika ada pihak kami melakukan kesalahan. GPMS Perak telah merancang program selepas Hari Raya ini.

Program-program telah dirancang mengikut kesesuaian pelajar-pelajar seluruh negeri Perak adalah seperti berikut :-

1. Kem Srikandi Gpms ~ 24/09/10-26/09/10
2. Kem Motivasi SPM ~ 8/10/10 - 10/10/10
3. Kem Bina Remaja Ting 2 ~ 29/10/10 - 31/10/10
4. Kem Bina Remaja Ting 4 ~ 5/11/10 - 7/11/10
5. Kem Bina Remaja Ting 6 bwh ~ 12/11/10 - 14/11/1

Program yang dirancangkan merupakan melihat keperluan yang berlaku disekeliling. GPMS Perak mohon kerjasama dari semua pihak untuk kita jayakan program ini.

Maju mundur, kaya miskin, hina mulianya bangsa itu di tangan kami.

Sekt. GPMS Perak

 

 

Tiada kesedaran atau tiada peranan

Assalamualikum...apa kabor,,,lama jugak ye...tak dengor kabo ye..Dengor kabor nya...bukan lagi kabo..dah kira betul le tu...GPMS Perak akan adakan Seminar Perkaderan....Yop berkenan betui dengan program ini kerana..disinilah ramainya ..aktivis dan pencandu2 GPMS dilahirkan. Setiap Perkaderan walaupun objektif nya sama namun kaedah yang digunakan berlainan mengikut kepimpinan waktu itu.

Last Updated (Monday, 16 August 2010 11:11)

Read more...

 

Belajar dan beramal di bulan ramadan

Assalamualaikum...bersyukur kita diberi kesempatan untuk bertemu di bulan ramadan dan dapat memperolehi nikmat-nikmat dan ganjaran yang dijanjikan oleh Allah.

Kita juga bersyukur kerana diberi kesempatan untuk menyambut dan mengingati hari penubuhan GPMS..Koperasi Warisan GPMS Negeri Perak Berhad bersama -sama ahli lembaga koperasi yang dipengerusikan oleh Hj Zainal Abidin Bin Mohd Noor dan Timbalannya Hj Ahmad Dalail serta semua anggota koperasi mendoa mengucapkan selamat maju jaya kepada semua warga dan kepimpinan Gpms di seluruh negara.

Setiap kali sambutan ulangtahun Gpms diadakan pastinya nama-nama pemimpin terdahulu akan disebut kerana sumbangan besar mereka dalam Gpms. Namun kehadiran pemimpin-pemimpin muda dalam Gpms yang berusia bawah 40 tahun telah mempamerkan usaha-usaha dalam memperkasakan kecemerlangan dlam pelajaran dan pendidkan pelajar Melayu dengan begitu serius dan gigih sekali.Usaha-usaha perlu dilakukan agar ahli ahli generasi GPMS yang baru dapat mengenali mereka. Mengenali dan memahami mereka adalah satu penghargaan dan  perlu kerana merekalah pada ketika ini berada di barisan hadapan. Tidak perlu jauh..di Perak....kepimpinan GPMS Perak telah mampu menggerak dan mengendalikan aktiviti-aktiviti pendidikan.Senarai program yang disenaraikan untuk tatapan dan makluman kita menggambarkan kemampuan kepimpinan Gpms di negeri ini untuk mengatasi masalah-masalah yang ada dengan cara yang penuh berhemah semata-mata untuk menjayakan agenda GPMS iaitu meningkatkan darjat pengetahuan bangsa.

Satu perkara yang amat membanggakan ialah GPMS Perak mampu dan berjaya mengendalikan kelas-kelas bimbingan pada bulan ramadan.Pada kebiasaanya...kita akan berhenti di bulan ramadan drpd mengadakan aktiviti,kelas dan sebagainya dan tertumpu untuk mengadakan jamuan-jamuan berbuka puasa. Kebimbangan bahawa pelajar-pelajar Melayu tidak mampu dan tidak berdaya tahan dalam mengulangkaji pelajaran di bulan ramadan pastinya dapat dinafikan dengan kehadiran pelajar-pelajar menghadiri kelas bimbingan pmr dan spm. kepada semua yang terlibat kita ucapkan tahniah kerana mengetahui dan memahami bahawa usaha-usaha ke arah mencinta ilmu itu pastinya akan mendapat ganjaran yang terbaik tidak kira sukarelawan,pelajar itu sendiri, guru-guru yang berkorban masa, ibubapa dan pihak sekolah yang menyokong usaha murni akan pasti mendapat kebaikan.

Belajar di bulan ramadan ini sebenarnya bukanlah satu beban atau masalah. Sekiranya diringi dengan niat dan disiplin amalan berpuasa kita akan dapat bersama-sama melaluinya dengan jayanya. Pelajar-pelajar Melayu wajib mengambil peluang dan kesempatan di bulan ramadan ini untuk berpuasa,menjalankan ibadat sunat yang lain,berbuat baik,menghormati, bekerjasama berusaha dan yang lebih utama jangan lepaskan peluang untuk berdoa di bulan ini untuk kejayaan di dunia dan di akhirat.Laluilah dan alami lah zaman remaja anda dengan sebaik mungkin kerana zaman dewasa anda belum tentu menjanjikan yang terbaik untuk anda.

Bersempena dengan sambutan ulangtahun penubuhan GPMS ke 62 ini saya mohon agar kita mempertingkatkan silatulrahim dan sokongan kita kepada rakan -rakan dan pemimpin pemimpin dalam gpms kerana ketahuilah ada antara mereka ketika kita tidur nyenyak lagi lena. mereka tidak tidur kerana memikir,merancang,strategi dan melaksanakan program-program dengan niat mempertingkatkan darjat pengetahuan bangsa ,pelajar pelajar melayu dengan sukarela. ...selamat maju jaya GPMS....untuk diri kita,keluarga kita,agama Islam ,bangsa dan negara.

Azmil Khusaini B.Khalid,

Setiausaha Koperasi Warisan GPMS

Negeri Perak Berhad,

Mantan Setiausaha GPMS Perak

1998 - 2008

 

Last Updated (Monday, 16 August 2010 11:09)

 

Program Bulan Ogos

Salam,

GPMS akan menyambut 62 Tahun penubuhan GPMS. Sedar Maju Mundur Kaya Miskin Hina Mulianya Bangsa itu di tangan kami. Maka GPMS telah mengorak langkah menyusun dengan aktiviti yang dipelbagaikan. Ini bertujuan untuk bersama-sama membawa agenda pembangunan bangsa Melayu itu sendiri. GPMS kini mempedulikan bangsanya mesti di tahap yang tinggi. GPMS tidak mahu menjadi HERO tapi GPMS ingin membawa perubahan dan kesedaran akan perjuangan ini adalah hak bersama.

Bulan Ogos ini, merupakan bulan Ramadan serta seluruh Umat Islam akan berpuasa. GPMS Perak mengucapkan Selamat Berpuasa dan sentiasa mencari keredhaan Allah dalam bulan yang mulia ini. Bulan puasa tidak menghalang GPMS Perak menganjurkan program. Pada awal bulan yang lalu, GPMS Perak telah pun menganjurkan Perkhemahan Ibadah seramai 47 orang peserta dari pelbagai sekolah. Tahniah diucapkan kepada Ustaz Zul Hadi mengetuai program ini bersama orang yang berpengalaman seperti Tuan OC, Tuan Nazri (As), Tuan Danial (ATOK) dan beberapa urusetia muda yang dilatih dalam perkhemahan ini.

Sempena bulan Ramadan ini juga, pihak GPMS juga akan mengadakan Kelas Bimbingan PMR dan SPM. Memandangkan peperiksaan yang akan muncul beberapa bulan lagi. Kelas Bimbingan SPM sebelum ini mendapat sambutan maka, GPMS Perak akan meneruskan lagi kelas ini dengan bayaran RM 5. Diharap pelajar Melayu diluar sana ambillah peluang ini yang akan datang hanya sekali sahaja dalam seumur hidup kita.

Kelas Bimbingan akan bermula pada 14 Ogos diketuai oleh Puan Fatimah Haslina Bt Mohd Tap. Sebarang maklumat dan pertanyaan boleh hubungi beliau atau terus ke talian GPMS Perak.

Pada 15 Ogos ini, Gagasan Melayu Perak bersama Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung akan menganjurkan WACANA PERPADUAN UMMAH DALAM KESEDARAN PENGHAKISAN HAK ORANG MELAYU. GPMS ingin menjemput seluruh umat Melayu di luar sana untuk hadir ke majlis ini di Taman Budaya, Jalan Raja Di Hilir/ Jalan Caldwell, Ipoh pada 15/8 jam 2.30 petang. Jemput hadir.

Pada 27 Ogos, GPMS Perak akan mengadakan Majlis Berbuka Puasa di Institut GPMS Perak. Dijemput hadir kepada seluruh yang pernah menjadi peserta, ahli GPMS mahupun lama atau baru.

Sekian, Belajar Terus Belajar.

Last Updated (Friday, 13 August 2010 16:42)

 
Saudara Pengerusi

Lontarkan pandangan, cadangan & komen anda terus kepada Pengerusi :

hasnulfairuz@yahoo.com

UNDIAN
Mampukah 'Kepimpinan Muda' memimpin dengan berjaya?
 
RUANGAN IKLAN

GPMS Perak menawarkan pelbagai perkhidmatan untuk semua lapisan masyarakat seperti :

1. Fotografi

2. Kursus Motivasi Pelajar

3. Kelas Bimbingan & Teknik Menjawab Soalan UPSR, PMR, SPM & STPM

Untuk maklumat lanjut, sila berhubung terus dengan Pengerusi GPMS Perak.