Joomla TemplatesWeb HostingFree Money
SAHABAT GPMS

~Jom Jadi Sahabat GPMS~

1. Muat Turun

2. Isikan Maklumat

3. Email Kepada Kami!

@ Kunjungi Pejabat GPMS Perak

LOGIN PENGGUNA
KUNJUNGAN
SIAPA DI TALIAN
We have 3 guests online
LAMAN UTAMA MENGENALI GPMS PERAK Penubuhan GPMS Perak

Penubuhan GPMS Perak

User Rating: / 0
PoorBest 



SEJARAH GPMS PERAK

oleh

HAJI ZAINAL NOOR

(Mantan Pengerusi GPMS Perak)




Persidangan Agung GPMS Kebangsaan (PAT) pada tahun 1971 yang diadakan di Politeknik Ungku Omar Ipoh telah membawa era baru dalam sejarah GPMS negeri Perak kerana ketika itulah telah diadakan pertemuan antara Yang Di Pertua dan Setiausaha dari buah cawangan GPMS yang telah wujud ketika itu dengan Presiden GPMS Kebangsaan Wan Mohamad Nasir untuk menubuhkan Majlis Perhubungan Negeri (MPN) Perak [1]. Cawangan yang sedia telah ada masa itu ialah Parit, Ipoh, Bagan Serai, Gunung Semanggul dan Batu Gajah. Tokoh yang bertanggung jawab menemukan perwakilan itu ialah Ustaz Ghazali Wahid yang menjadi Penasihat GPMS cawangan Ipoh dan Muhmad Abu Bakar yang bertugas sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan negeri Perak yang menjadi Jawatankuasa cawangan Ipoh. Namun hanya pada tarikh 27 Februari, 1976 sahaja Pendaftar Pertubuhan mengesahkan pendaftaran Majlis Perhubungan GPMS negeri Perak (MPN).


GPMS di peringkat cawangan sebenarnya telah lama ditubuhkan bahkan ada yang seawal tahun 1960-an, tetapi mengikut rekod Pendaftarannya seperti tarikh berikut :

Gunung Semanggul           - 22.12.1971

Batu Gajah                        - 14.02.1972

Gopeng-Kampar                - 13.07.1973

Teluk Intan                        - 13.07.1974

Ipoh                                  - 13.07.1974

Taiping                              - 13.07.1974

Bagan Serai                      - 13.07.1974

Pantai Remis                     - 22.07.1975

Semanggul                       - 30.05.1976

Padang Rengas                - 30.05.1977

Gerik                                 - 26.09.1978

Tapah                               - 06.11.1981

Bota                                  - 30.06.1982

Sitiawan                           - 25.11.1987

ITM Manjung                     - 18.10.1987


Jawatankuasa Gpms Peringkat cawangan dan negeri kebanyakannya terdiri guru-guru Melayu dan pegawai kerajaan. Dalam pada itu, ada juga yang masih lagi di bangku sekolah. Annuar bin Zaini dan Ahmad bin Ahmad Shah adalah dua orang pelajar yang telah memimpin GPMS cawangan Ipoh. Annuar mula memegang Setiausaha Penerangan GPMS Ipoh semasa dalam Tingkatan 5 di Sekolah Anderson dan Ahmad bin Ahmad Shah pula telah menjadi Yang Di Pertua GPMS Ipoh dalam tahun 1963-1966 semasa Tingkatan 3 di Sekolah Methodist Ipoh.


Perhatikan senarai Jawatankuasa Majlis Perhubungan ZGPMS negeri Perak tahun 1976/1977 [2] :

Abdul Karim bin Yahya (Guru)            - Pengerusi

Zainal bin Bahaudin (JKR)                  - Naib Pengerusi

Mardziah bt. Bahauddin (Guru)         - Naib Pengerusi

Daruis bin Lidin (Kastam)                  - Setiausaha

Kumari bin Tufandi (Guru)                 - Bendahari

Ramli bin Yusuf (Guru)                      - Jawatankuasa

Salleh bin Husain (Guru)                   - Jawatankuasa

Sharifuddin bin Fadzullah (JKR)         - Jawatankuasa

Khusaini bin Ludin (Guru)                  - Jawatankuasa

Othman bin Sidek (JKR)                      - Jawatankuasa

Mohd. Noor bin Meh (Guru)                - Jawatankuasa

Ahmad bin Ahmad Shah (Pj. Tanah)   - Jawatankuasa


Dalam Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Perhubungan GPMS Perak kali ke-2 pada bulan April 1977, Zainal Abidin bin Mohd. Noor telah dilantik sebagai Pengerusi MPN Perak menggantikan Abdul Karim bin Yahya. Di bawah kepimpinan Zainal Abidin Mohd. Noor (Zainal Noor) dua belas cawangan GPMS telah ditubuhkan sehingga tahun 1987 dan ini telah menjadikan negeri Perak yang paling banyak mempunyai cawangan berbanding dengan negeri-negeri lain di Semenanjung iaitu 23 buah cawangan.


Aktiviti yang dijalankan oleh GPMS ialah Kelas Bimbingan. Di setiap cawangan diadakan Kelas Bimbingan bagi membantu pelajar-pelajar Melayu yang hendak mengambil SRP dan SPM. Kelas-kelas ini diadakan secara percuma sahaja dan tenaga pengajar terdiri daripada guru yang menjadi ahli Jawatankuasa GPMS cawangan khidmat mereka secara percuma sahaja. Kalau ada bayaran, hanya cukup untuk menampung minyak kereta guru yang datang jauh sahaja. Dan apabila hampir dengan peperiksaan, setiap cawangan akan mengadakan program Ceramah Teknik Menjawab Soalan Peperiksaan yang tenaga pembimbingnya didatangkan dari GPMS Pusat atau negeri. Program ini mendapat sambutan daripada pelajar-pelajar hingga kedapatan antara 300-500 orang menghadiri program ini di cawangan-cawangan.


Majlis Perhubungan GPMS Perak (MPN) pula mengadakan Kursus Kepimpinan dan Pengurusan sempena Mesyuarat Agung Tahunan yang diadakan bergilir-gilr di cawangan yang menjadi Tuan Rumah MAT. Aktiviti ini telah menjadi acara tahunan MPN.


‘MINGGU PELAJAR’ adalah satu lagi program yang menarik dan diadakan oleh setiap cawangan. Aktiviti seperti Kuiz Perbahasan, Pidato, Pertandingan Sepak Takraw dan Bola Jaring adalah pengisian dalam ‘Minggu Pelajar’ ini. Kemuncak ‘Minggu Pelajar’ ialah ‘Malam Kebudayaan’ yang dipenuhi dengan pementasan, nyanyian dan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan acara ‘Minggu Pelajar’ Tersebut.


Dalam tahun 1970-an, acara ‘Malam Kebudayaan’ telah tidak dijalankan lagi walaupun begitu aktiviti ‘Minggu Pelajar’ tetap diadakan tetapi telah berkurangan dan dalam tahun 1980-an hilang begitu sahaja. Masa ini diadakan pula Ceramah Kerjaya, Khemah, Kerjaya, Kursus Kepimpinan Pelapis, dan sempena Hari Belia Peringkat Negeri Perak, MPN telah mengadakan Kempen Kesedaran Pelajaran kepada pelajar-pelajar dan ibu bapa dan ini diadakan di tempat Perayaan Hari Belia peringkat Negeri Perak itu diadakan. Tahun 1981 di Gerik dan tahun 1982 di Bota. Selepas itu program ini terhenti begitu sahaja.


Penggerak GPMS di peringkat cawangan dalam tahun 1975-1980 selain daripada Jawatankuasa MPN Perak yang patut disebut namanya ialah :

Odzman bin Kadir                - Ipoh

Sehan Awang Ain                - Ipoh

Rozali bin Nareh                  - Gopeng-Kampar

Mat Sani bin Uda Shahid      - Batu Gajah

Dzulkarnain Abd. Rahman    - Batu Gajah

Abd. Razak bin Malik            - Batu Gajah


Dalam Tahun 1982 Perak mempunyai 21 buah cawangan dan penggerak GPMS cawangan ketika ini antaranya :

Ipoh                       - Hamzah bin Yusuf

Gopeng-Kampar     - Khusaini bin Ludin

Batu Gajah             - Khalib bin Ismail

Parit                       - Jamaluddin bin Mohaidin

Bota                       - Kamaruddin bin Yassin

Tapah                    - Ibrahim bin Jamil

Tanjung-Malim       - Mohd. Rosli bin Abd. Rahman

Taiping                   - Jaafar bin Harun

Sitiawan                 - Makhtar bin Husain

Parit Buntar            - Abdullah Sani bin Yahya

Semanggul             - Rashid bin Shamsuddin

Bagan Serai            - Ahmad Termizi bin Kamaruddin

Gerik                       - Zainal bin Shamsuddin

Lenggong               - Mohd. Yusuf bin Ahmad

Teluk Intan             - Jamaluddin bin Atan

Kuala Kangsar        - Mohd. Arif bin Rahmat

Padang Rengas      - Osman bin Sidek

Sungai Siput (U)     - Halil bin Ismail

Pantai Remis           - Mohd. Zain bin Bakar

Trong                      - Hashim bin Haji Ahmad

Beruas                    - Salleh bin Hussain


Seperti yang dinyatakan di atas, cawangan Sitiawan dan Lenggong telah ditubuhkan dalam tahun 1982 tetapi Pendaftaran cawangan ini sah hanya dalam tahun 1983 dan 1987.


Pertukaran pemimpin dalam GPMS sering berlaku kerana pertukaran tempat kerja. Dalam tahun 1985 penggerak GPMS di setengah-setengah cawangan diterajui oleh muka-muka baru di samping muka lama :

Ismail bin Desa                       - Ipoh

Hamzah bin Abu Hanafiah       - Sitiawan

Che Pa bin Hashim                 - Parit Buntar

Adnan bin Jaafar                    - Beruas

Salleh bin Hussain                  - Semanggol

Abdul Wahid bin Jidun            - Parit

Abdul Salam bin Sarijo           - Tapah


Pertukaran pemimpin ini juga berlaku di peringkat MPN Perak iaitu Daruis bin Lidin yang menjadi Setiausaha MPN sejak 1977 telah bertukar ke Rantau Panjang, Kelantan pada tahun 1981 dan tempat Daruis telah digantikan oleh Salleh bin Abdul Karim yang ketika itu ahli Jawatankuasa GPMS Ipoh.


Beberapa pemimpin GPMS negeri Perak turut terlibat dalam Kepimpinan GPMS Kebangsaan. Hingga tahun 1987 negeri Perak adalah ‘KUBU KUAT’ GPMS. Beberapa orang Ahli Badan Pekerja (Exco) GPMS Kebangsaan adalah terdiri dari pemimpin GPMS negeri Perak.


RAMLI BIN YUSUF, yang penglibatannya dengan GPMS bermula sejak tahun 1959 iaitu ketika beliau masih seorang pelajar. Beliau telah menjadi Presiden GPMS Kebangsaan selama tiga Penggal iaitu dari tahun 1983-1989. Ramli adalah salah seorang yang bertanggung jawab dalampenubuhan Majlis Perhubungan GPMS Perak (MPN) kerana beliau dilantik sebagai Setiausaha Penaja MPN tersebut. Beliau juga telah sama menubuhkan GPMS cawangan Parit iaitu Setiausaha Cawangan.


Tahun 1975 mula terlibat dengan GPMS Kebangsaan apabila terpilih sebagai Exco GPMS Pusat dan berikutnya tahun 1977 telah terpilih sebagai Naib Presiden dan jawatan ini dipegang beliau sehingga tahun 1982. Dan seterusnya tahun 1983 telah dilantik sebagai Presiden GPMS Kebangsaan. Sepanjang penglibatannya dalam Exco dan Naib Presiden beliau telah memegang Jabatan Pendidikan dan Latihan yang bertanggung jawab mengendalikan Kelas Bimbingan, Perkaderan dan Khemah Kerjaya yang sangat diminati pelajar-pelajar Melayu.


Zainal Noor (penulis) pula telah memegang jawatan Naib Presiden GPMS Kebangsaan dari tahun 1985 hingga 1990. Jabatan Pendidikan dan Latihan juga telah diamanahkan kepadanya.Semasa memegang Jabatan ini kursus kepimpinan dan pengurusan GPMS telah diadakan iaitu bagi Zon Utara yang meliputi negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak di Ipoh pada 27-30 Disember, 1985. Bagi Zon Tengah diadakan pada 7-10 Februari 1986 di Seremban bagi cawangan-cawangan GPMS Negeri Sembilan, Melaka, Johor, dan Selangor. Dan bagi Zon Timur telah diadakan di Kuala Terengganu pada bulan Disember 1986 bagi negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu.



 

 
Saudara Pengerusi

Lontarkan pandangan, cadangan & komen anda terus kepada Pengerusi :

hasnulfairuz@yahoo.com

UNDIAN
Mampukah 'Kepimpinan Muda' memimpin dengan berjaya?
 
RUANGAN IKLAN

Koperasi Warisan GPMS Negeri Perak Berhad mengadakan promosi perlancongan dalam negeri. Kepada sesiapa yang berminat, sila hubungi En. Azmil di talian 016-5345330 atau Haji Zainal di talian 019-5590224.