Joomla TemplatesWeb HostingFree Money
SAHABAT GPMS

~Jom Jadi Sahabat GPMS~

1. Muat Turun

2. Isikan Maklumat

3. Email Kepada Kami!

@ Kunjungi Pejabat GPMS Perak

LOGIN PENGGUNA
KUNJUNGAN
SIAPA DI TALIAN
We have 7 guests online
LAMAN UTAMA

KAGUM DENGAN PJKN ANJURAN GPMS

User Rating: / 0
PoorBest 

 

Tahun baru azam baru aktiviti baru. Azam aktivis GPMS pastinya memperkasakan slogan Belajar Terus Belajar agar tak lekang di panas tak lapuk di hujan. Ramai yang bertanya Yub apa yang program GPMS menyambut tahun baru ni. Yub pun bagi tahu la baru-baru ni seperti tahun tahun lepas majlis baca yassin untuk Allahyarham Aminuddin Baki  dan pemimpin2 GPMS serta ahli keluraga kita muslimin muslimat telah diadakan di Institut GPMS. Selepas bacaan Yassin dan tahlil, tazkirah oleh Ustaz Hadi, Naib Pengerusi GPMS Perak dengan tajuk kepentingan solat. Hairan juga Yub... ramai yang berminat bertanya dari sertai program GPMS ni... tak pa la mungkin tak berkesempatan...bertanya kabar tu kira ok...

Berbalik pada akiviti GPMS di tahun baru... Yub ada teropong teropong... GPMS menganjurkan program PJKN kerjasama dengan Jabatan Belia dan Sukan Negara... Program ni biasanya dibuat dilaksanakan di kampung dan diluar bandar tapi kali ni Program keluarga angkat di buat di kawasan perumahan di Bandaraya Ipoh di Taman Pengkalan Jaya. Yub teropong teropong dari jauh tak ada apa benda yang menarik kat kawasan ni,  ye la biasa yang lepas-lepas, program ni Yub teropong ada sungai, sawah, bukit rumah kayu atas bukit. Yub difahamkan Sdra Hasnul Naib Presiden GPMS yang juga Pengerusi GPMS Perak berhasrat membawa perubahan dan cabaran dalam program PJKN kali ini. Perkara ini dikongsi bersama oleh Hj Osman Bin Omar Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga Taman Pengkalan Jaya dalam ucapan aluan semasa perasmian penutup program tersebut yang menyebut beliau pada peringkat awalnya tidak yakin dengan kejayaan program ini tetapi setelah melalui pelbagai aturcara menarik sepanjang program ini beliau berharap program ini dapat diadakan di tempat kawasn ini di masa-masa akan datang. Ramai di kalangan penduduk Taman Pengkalan Jaya yang hadir menyertai aktiviti yang dijalan walaupun sepatutnya bersama ahli keluarga berehat di rumah sempena Tahun Baru. Yang menariknya kesempatan cuti di tahun baru ini diambil sepenuhnya oleh keluarga En Osman Bin Harun. Beliau bersama ahli keluarganya isteri, anak, menantu dan cucu turut serta dalam senamrobik dan sukaneka siap bawa balik pelbagai jenis hamper dalam pertandingan yang diadakan. Yub kagum la perancangan program GPMS dan PJKN yang tidak mengabaikan penglibatan keluarga walaupun fokusnya remaja. Kalau Yub teropong lama-lama banyak perkara dan pengalaman menarik yang boleh dikongsi sepanjang program yang dilaksanakan oleh Sdra Hasnul sebagai penyelaras program dengan kerjasama rakan-rakan dalam GPMS Tak lupa juga peserta program yang berbakat dan baik budi bahasanya. Ada masa nanti Yub akan tulis apa Yub teropong teropong sepanjang program tersebut

 

 
Saudara Pengerusi

Lontarkan pandangan, cadangan & komen anda terus kepada Pengerusi :

hasnulfairuz@yahoo.com

UNDIAN
Mampukah 'Kepimpinan Muda' memimpin dengan berjaya?
 
RUANGAN IKLAN

Berminat untuk membuat tempahan seperti :

1. Baju T

2. Baju Korporat

3. Topi & Beg

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Perbesama Enterprise di talian 019-4781727 / 012-5219324.