Joomla TemplatesWeb HostingFree Money
SAHABAT GPMS

~Jom Jadi Sahabat GPMS~

1. Muat Turun

2. Isikan Maklumat

3. Email Kepada Kami!

@ Kunjungi Pejabat GPMS Perak

LOGIN PENGGUNA
KUNJUNGAN
SIAPA DI TALIAN
We have 2 guests online
LAMAN UTAMA BERITA GPMS PERAK PJKN telah dijalankan dengan jayanya !!!

PJKN telah dijalankan dengan jayanya !!!

Salam,

Selamat Tahun Baru 2010. GPMS telah melabuhkan tirainya dengan Program Jatidiri Kesukarelaan Nasional dan memulakan tahun baru dengan Program Khidmat Masyarakat dan Bakti Remaja di Taman Pengkalan Jaya, Ipoh. Program Jatidiri Kesukarelaan Nasional (PJKN) dilangsungkan selama 10 Hari bermula pada 25 Disember 2009 hingga 3 Januari 2010. Program ini sebenarnya membentuk jatidiri, patriotime kepada Negara. Kehadiran peserta seramai 70 orang dari pelbagai akademi latihan. Program ini sebenarnya telah memberi impak kepada semua dan merasai kehadiran GPMS di peringkat akar umbi.

Program ini telah dianjurkan oleh Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung dan Rukun Tetangga Kawasan Taman Pengkalan Jaya, Ipoh dengan kerjasama Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia. Menarik program kali ini, semua pemimpin besar di Negeri Perak hadir untuk bersama-sama dalam majlis ini. Semasa Perasmian Majlis Program Khidmat Masyarakat dan Bakti Remaja, telah dirasmikan oleh YB Zainol Fadzi bin Paharuddin, Exco Kebudayaan, Kesenian, Belia dan Sukan Negeri Perak. Program ini juga melibatkan 30 buah keluarga angkat untuk bersama-sama mengambil anak angkat. Ini sebenarnya memperlihatkan akan kemampuan generasi muda menggerakkan program yang boleh dirasai di peringkat akar umbi.


Pada hari pertama iaitu 31 Disember 2009, selepas majlis penyerahan para peserta telah ke dibawa ke rumah keluarga angkat masing-masing. Seperti amalan biasa, keluarga dan anak angkat berkenalan antara satu sama lain. Selepas solat maghrib, para peserta pula bersama-sama hadir dalam majlis bacaan yassin dan tahlil di Masjid Al-Furqan, Taman Pengkalan Jaya, Ipoh. Kemudian para peserta diberi tazkirah Tahun Baru sebagai memperingati kepada para peserta tidak terjebak dengan perkara-perkara yang tidak elok sempena menyambut Tahun Baru.


Pada 1 Januari 2010, awal pagi para peserta telah berkumpul untuk bersama-sama hadir Gotong-Royong Perdana. Tempat yang dilaksana untuk dibersihkan adalah di Masjid Al-Furqan, Sekolah Agama Rakyat dan Dewan Serbaguna Taman Pengkalan Jaya. Majlis ini dapat sambutan yang menggalakkan semasa aktiviti gotong-royong dijalankan. Pada malamnya, para peserta hadir ke kuliah perdana di Masjid Al-Furqan.


Program Senamrobik dan Sukeneka dijalankan pada 2 Januari 2010 pelbagai acara telah dipertandingkan bagi seperti acara semakin jauh semakin sayang, pesona pengantin dan macam-macam lagi. Sambutan yang amat menggalakkan kerana hadiah yang telah disediakan sebanyak 60 hamper dan 30 beg untuk pelajar sekolah. Semua hadiah ini disampaikan pada Malam Kesenian Islam. Pada Malam Kesenian Islam, telah dihadiri oleh Y.B. Dato’ Hamidah binti Osman, Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita Negeri Perak, turut hadir Yang Berbahagia Dato’ Fathul Radzi bin Haji Bakri, Ketua Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negara, Kementerian Belia Sukan Malaysia. Majlis ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran Kumpulan Nasyid Perkusigatra yang mengamatkan lagi suasana malam itu. Persembahan malam itu, telah dipersembahkan oleh para peserta Program Jatidiri Kesukarelaan Nasional. Alhamdulilah Malam Kesenian Islam telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan.


Pada hari terakhir, 3 Januari 2010, adalah Majlis Perasmian Penutup Program Khidmat Masyarakat dan Bakti Remaja, Program Jatidiri Kesukarelaan Nasional (PJKN). Majlis ini dirasmikan oleh Y.B. Dato Azian bin Osman, Ahli Dewan Negara merangkap Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad. Turut hadir tetamu khas, Yang Berbahagia Dato’ Haji Fathul Radzi bin Haji Bakri Ketua Pengarah Jabatan Belia Sukan Negara, Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia, Tuan Haji Othman bin Omar Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga Taman Pengkalan Jaya, Tuan Haji Zainal Abidin bin Mohd Noor, Pengerusi Koperasi Warisan GPMS Negeri Perak Berhad dan Saudara Hasnul Fairuz bin Hushin Amri, Naib Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung merangkap Pengerusi GPMS Negeri Perak. Majlis ini telah disempurnakan dengan jayanya. Respon dari penduduk taman ini, menginginkan program sebegini. Secara tidak langsung akan memberi kesan yang berpanjangan dan akan jalinan silaturahim dapat diteruskan. Terima kasih diucapkan kepada individu yang menjayakan majlis ini. Kepada Saudara Hasnul Fairuz, tahniah diucapkan atas kejayaan menganjurkan majlis tersebut serta pasukan beliau. GPMS akan terus maju dengan kehadiran orang muda seperti beliau.

Last Updated (Sunday, 10 January 2010 17:21)

 
Saudara Pengerusi

Lontarkan pandangan, cadangan & komen anda terus kepada Pengerusi :

hasnulfairuz@yahoo.com

UNDIAN
Mampukah 'Kepimpinan Muda' memimpin dengan berjaya?
 
RUANGAN IKLAN

Koperasi Warisan GPMS Negeri Perak Berhad mengadakan promosi perlancongan dalam negeri. Kepada sesiapa yang berminat, sila hubungi En. Azmil di talian 016-5345330 atau Haji Zainal di talian 019-5590224.