Joomla TemplatesWeb HostingFree Money
SAHABAT GPMS

~Jom Jadi Sahabat GPMS~

1. Muat Turun

2. Isikan Maklumat

3. Email Kepada Kami!

@ Kunjungi Pejabat GPMS Perak

LOGIN PENGGUNA
KUNJUNGAN
SIAPA DI TALIAN
We have 1 guest online
LAMAN UTAMA BERITA GPMS PERAK NAIB PRESIDEN I GPMS KEBANGSAAN DISANDANG HASNUL FAIRUZ

NAIB PRESIDEN I GPMS KEBANGSAAN DISANDANG HASNUL FAIRUZ

Persidangan Agung Tahunan GPMS Kali ke-55 yang berlangsung pada 20 November hingga 22 November 2009 menyaksikan corak kepimpinan beralih kepada kepimpinan muda. Walau bagaimanapun, kepimpinan terdahulu tetap dihargai dan akan terus dikenang ibarat "Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas". Pemilihan pada PAT GPMS kali ini menyaksikan jawatan Naib Presiden I GPMS disandang oleh Pengerusi GPMS Perak, Saudara Hasnul Fairuz Bin Hushin Amri.

Memetik kata-kata beliau daripada sesi bahas ucapan dasar Presiden, beliau menekankan bahawa perlu ada perubahan dalam aspek kepimpinan, pendidikan, ekonomi dan penubuhan Kelab Sahabat GPMS. GPMS sendiri berperanan dalam melahirkan barisan pemimpin Melayu yang mempunyai jati diri serta meneruskan kesinambungan kepimpinan Melayu.

Rasional bagi perubahan dalam aspek kepimpinan ialah golongan muda perlu difahamkan dan dilibatkan tentang kepentingan perjuangan untuk meningkatkan darjat pengetahuan bangsa iaitu kepimpinan berilmu. Program Perkaderan misalnya, memerlukan Modul Kader agar terdapat satu garis panduan yang tepat dan mengelakkan objektif terpesong daripada haluan yang sebenar.

Aspek Pendidikan pula, Saudara Hasnul menyeru agar setiap GPMS Negeri dan Cawangan memperkasakan pendidikan melalui kelas bimbingan di kawasan masing-masing. Namun, harus diingat bahawa bagaimana kelas bimbingan tersebut dapat membawa perubahan kepada tahap pencapaian para pelajar. Oleh itu, medium yang sesuai perlu dikenalpasti kerana zaman pendidikan masa ini adalah lebih mencabar dan memerlukan pemikiran secara kreatif dan kritis.

Selain itu, GPMS perlu berdikari dengan menjana kewangannya sendiri tanpa bergantung kepada pihak lain. Beliau menyatakan bahawa GPMS perlu mewujudkan koperasi-koperasi untuk ahli GPMS di peringkat akar umbi. Ekonomi akan dapat dijana melalui sokongan dan dorongan daripada ahli-ahli koperasi agar dapat mengubah nasib GPMS dalam masa depan yang berjaya.

Penubuhan Kelab Sahabat GPMS pula telah dilaksanakan oleh GPMS Perak di beberapa buah sekolah di Perak misalnya, SMK Simpang Pulai. Kelab Sahabat GPMS ini diwujudkan sebagaimana kelab dan persatuan lain di sekolah tetapi fokus aktiviti Kelab Sahabat GPMS agak berbeza iaitu melahirkan pemimpin pelajar yang mempunyai semangat kesukarelaan yang tinggi, berpengetahuan dan mempunyai pelbagai kemahiran serta mampu menyumbang pemikiran kritis sebagai warganegara yang patriotik.

Akhir bicara, semoga kepimpinan muda GPMS dapat membawa perubahan dengan jayanya bagi terus memartabatkan ketuanan Melayu. Insyaallah, berjumpa lagi pada PAT GPMS yang akan berlangsung di Johor nanti.

Last Updated (Thursday, 26 November 2009 05:07)

 
Saudara Pengerusi

Lontarkan pandangan, cadangan & komen anda terus kepada Pengerusi :

hasnulfairuz@yahoo.com

UNDIAN
Mampukah 'Kepimpinan Muda' memimpin dengan berjaya?
 
RUANGAN IKLAN

Koperasi Warisan GPMS Negeri Perak Berhad mengadakan promosi perlancongan dalam negeri. Kepada sesiapa yang berminat, sila hubungi En. Azmil di talian 016-5345330 atau Haji Zainal di talian 019-5590224.