Joomla TemplatesWeb HostingFree Money
SAHABAT GPMS

~Jom Jadi Sahabat GPMS~

1. Muat Turun

2. Isikan Maklumat

3. Email Kepada Kami!

@ Kunjungi Pejabat GPMS Perak

LOGIN PENGGUNA
KUNJUNGAN
SIAPA DI TALIAN
We have 6 guests online
LAMAN UTAMA BERITA GPMS PERAK JAIS ABDUL KARIM PRESIDEN BARU GPMS KEBANGSAAN

JAIS ABDUL KARIM PRESIDEN BARU GPMS KEBANGSAAN

Naib Presiden I Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abdul Karim menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden pada Persidangan Agung Tahunan Ke-55 di Dewan Seri Budiman, Universiti Teknologi Mara (UiTM) selepas Datuk Seri Reezal Merican mengumumkan tidak mempertahan jawatan beliau.

Turut dilantik ialah Naib Presiden II yang juga merupakan Pengerusi GPMS Johor, Rosdi Amir sebagai Timbalan Presiden GPMS selepas menang tanpa bertanding bagi menggantikan Syed Anuar Syed Mohamad.

Tiga jawatan Naib Presiden yang dipertandingkan pula menyaksikan kerusi itu diisi oleh Pengerusi GPMS Perak, Hasnul Fairuz Hushin Amri selepas mendapat 432 undi, Timbalan Pengerusi GPMS Wilayah Persekutuan, Ezarudin Abdul Rahman, 317 undi dan Yang Dipertua GPMS Kuala Lipis, Hishammuddin Abdul Rahman, 254 undi. Jawatan Naib Presiden (Wanita) yang dilantik pula kekal milik Rafidah Mohd Ariffin.

Selain itu, jawatan ahli Majlis Tertinggi pula dimenangi oleh Ismadee Asmara Ishak, Mohd. Redzuan Mohamed Yusof, Mohd. Alif Anas Md. Nor, Khairul Adha Madzlan, Hazzaini Hashim dan Azham Abara Ahmad.

Penolong Setiausaha Agung GPMS, Zambri Md Isa dilantik sebagai Setiausaha Agung, manakala Bendahari diisi Anas Ahmad. Irmohizam Ibrahim dari GPMS Selangor pula dilantik sebagai Ketua Penerangan. Jawatan Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap masing-masing dimenangi oleh Hassanul Amir Abdul Halim dan Tajul Azmir Mustapha.

Jais Abdul Karim sebagai Presiden baru GPMS menyatakan bahawa GPMS adalah pertubuhan yang tidak berpihak kepada parti politik dan menjadi pertubuhan pertama tampil memperjuangkan isu-isu berkaitan Melayu. Beliau juga telah melakukan percaturan awal bagi meneruskan hala tuju GPMS agar terus ke hadapan.

Beliau menyertai GPMS sejak 1988 sebelum dilantik menjadi ahli Majlis Tertinggi pada tahun 1993 serta Naib Presiden I GPMS pada tahun 2006. Beliau merupakan seorang perunding motivasi yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Last Updated (Tuesday, 24 November 2009 11:05)

 
Saudara Pengerusi

Lontarkan pandangan, cadangan & komen anda terus kepada Pengerusi :

hasnulfairuz@yahoo.com

UNDIAN
Mampukah 'Kepimpinan Muda' memimpin dengan berjaya?
 
RUANGAN IKLAN

Ingin membuat pengiklanan di laman web ini. Sila hubungi kami melalui talian pejabat 019-5745858 / 012-5219324 ataupun

email kepada kami.