Joomla TemplatesWeb HostingFree Money
SAHABAT GPMS

~Jom Jadi Sahabat GPMS~

1. Muat Turun

2. Isikan Maklumat

3. Email Kepada Kami!

@ Kunjungi Pejabat GPMS Perak

LOGIN PENGGUNA
KUNJUNGAN
SIAPA DI TALIAN
We have 3 guests online
LAMAN UTAMA BERITA GPMS PERAK Tahun 2010, Lonjakan Perubahan Program dan Aktiviti GPMS Perak

Tahun 2010, Lonjakan Perubahan Program dan Aktiviti GPMS Perak


Terima kasih kepada semua pelayar laman web GPMS Perak. Detik perubahan mula dirasai dan semakin bersama untuk membawa perubahan. GPMS Perak tetap utuh dan kukuh seperti dahulu, kini dan akan datang. Cuma GPMS Perak kini telah berdaftar dengan Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Belia, Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia. Nombor pendaftaran GPMS Perak PPBM 0021-4792/09. GPMS Perak akan merangka program dan aktiviti yang bersesuaian serta berdasarkan Mukadimah GPMS. Dalam merangka program GPMS mesti sepakat dan seiring dengan nadi perubahan. Saya, sebagai Pengerusi GPMS Negeri Perak akan menyenaraikan beberapa program untuk ditayangkan kepada semua pelayar laman web ini, untuk mendapatkan komen serta pandangan yang membina bagi membentuk aktiviti GPMS yang mantap dan dekat dengan pelajar.


Saya mengharapkan lontaran pandangan itu menjuruskan niat yang murni serta sentiasa bersangka baik atas usaha yang cuba saya dan rakan seperjuangan lakukan. Usaha ini, adalah usaha bersama. Bukan usaha individu dalam GPMS sahaja. Untuk pengetahuan semua, GPMS bangun dan rebah adalah sebab kita semua. Maka, sentiasa buka minda dan pandangan untuk membangunkan GPMS Perak. Kami akan senaraikan program-program yang bakal dilaksana pada tahun 2010 adalah seperti berikut :-

a. Bengkel Pengurusan Organisasi

b. Bengkel Kemahiran Belajar Ting 3 & 5

c. Program Menara Gading Tingkatan 5

d. Program Rakan GPMS Tingkatan 3

e. Kem Kepimpinan Pra-Universiti

f. Seminar Perkaderan Peringkat Daerah

g. Seminar Perkaderan Peringkat Negeri

h. Seminar Teknik Menjawab Bahasa Malaysia & Sejarah Tingkatan 5

i. Seminar Teknik Menjawab Kertas Matematik Tingkatan 3

j. Kursus Kepimpinan Tingkatan 2

k. Seminar Penilaian Menengah Rendah

l. Seminar Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (STPM)

m. Seminar Keibubapaan

n. Kem Pemimpin Terbilang

o. Bengkel Digital Fotografi

p. Kursus Penerbitan dan Pengiklanan Majalah


Program secara online dalam cadangan adalah seperti berikut:


a. E-tuisyen

b. E-Kaunseling

c. E-daftar ahli GPMS

d. E-Daftar Sahabat GPMS


Kita merancang, Allah juga Merancang, tapi perancangan Allah itu yang terunggul. Maka, rancangan program ini, dilontarkan kepada para pelayar laman web ini. Sila emailkan pandangan serta komen untuk GPMS Perak laksanakan program tersebut. Setiap pandangan akan diterima satu ulasan tindakan dari pihak GPMS Perak.

Last Updated (Monday, 09 November 2009 13:18)

 
Saudara Pengerusi

Lontarkan pandangan, cadangan & komen anda terus kepada Pengerusi :

hasnulfairuz@yahoo.com

UNDIAN
Mampukah 'Kepimpinan Muda' memimpin dengan berjaya?
 
RUANGAN IKLAN

Takaful eTiQa

Kami menawarkan pelbagai khidmat takaful insurans bagi individu dan keluarga :

1. Takaful Mesra

2. Takaful Sarjana

3 Takaful Am

Maklumat lanjut sila hubungi En. Azmil Khusaini di talian 016-5345330.