Joomla TemplatesWeb HostingFree Money
SAHABAT GPMS

~Jom Jadi Sahabat GPMS~

1. Muat Turun

2. Isikan Maklumat

3. Email Kepada Kami!

@ Kunjungi Pejabat GPMS Perak

LOGIN PENGGUNA
KUNJUNGAN
SIAPA DI TALIAN
We have 4 guests online
LAMAN UTAMA BERITA GPMS PERAK Ceramah Berani Berubah

Ceramah Berani Berubah

Assalamulaikum, salam bicara.

Minggu-minggu akhir persekolahan kini rancak dengan pelbagai program, antaranya program pasca PMR sekolah di daerah kinta. Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Negeri Perak juga tidak ketinggalan dengan agenda memperkasa pendidikan dan sahsiah pelajar.Maka dengan jemputan sekolah, Sdra Hasnul telah memberi ceramah untuk pelajar-pelajar ini dengan tajuk Berani Berubah.

 

Pada 27 Oktober GPMS Perak ke SMK Ulu Kinta bagi bertemu pelajar tingkatan 3 yang baru selesai menduduki PMR, seramai 89 pelajar hadir dan 3 November di SMK Simpang Pulai pula seramai 80 pelajar terlibat. Dalam kandungan ceramah, pelajar-pelajar ini  diberi penekanan untuk bertindak dan bersedia untuk langkah seterusnya di tingkatan 4. Perubahan yang harus dilaksanakan untuk berjaya,adalah dengan mematuhi dan mendengar nasihat ibubapa dan guru. Bersedia untuk membantu pada bila-bila masa. Dan meninggalkan pengaruh-pengaruh negatif untuk menjadi pelajar yang lebih baik dan cemerlang.

Pelajar-pelajar juga didedahkan dengan demostrasi seni mempertahankan diri dalam selingan ceramah khusus untuk pelajar wanita. Akhir sekali pihak GPMS Negeri Perak turut menyampaikan cenderahati berupa naskah Buku Bimbingan Untuk Remaja untuk sekolah.

Ucapan ribuan terima kasih kepada Pengetua SMK Ulu kinta dan Puan Zaleha Hasbullah, Kaunselor SMK Ulu kinta serta Pengetua SMK Simpang Pulai dan Cikgu Fatimah Haslina Bt Mat Tap, Kaunselor SMK Simpang Pulai.

Mohd Razali Bin Abdul Rahman

Penolong Setiausaha GPMS Negeri Perak.

 

 

Last Updated (Tuesday, 03 November 2009 13:53)

 
Saudara Pengerusi

Lontarkan pandangan, cadangan & komen anda terus kepada Pengerusi :

hasnulfairuz@yahoo.com

UNDIAN
Mampukah 'Kepimpinan Muda' memimpin dengan berjaya?
 
RUANGAN IKLAN

Koperasi Warisan GPMS Negeri Perak Berhad mengadakan promosi perlancongan dalam negeri. Kepada sesiapa yang berminat, sila hubungi En. Azmil di talian 016-5345330 atau Haji Zainal di talian 019-5590224.