GPMS Gerik & Adi Putra

Salam,
Pada 6 Mac 2010, Hari Sabtu yang lalu, GPMS Perak yang diketuai Saudara Hasnul, Saudara Razali, Saudara Jebat dan Mantan Pengerusi GPMS Perak Tuan Haji Zainal Abidin bin Mohd Noor telah hadir Majlis Ilmu bersama dengan Adik Adi Putra. Majlis ini dianjurkan oleh GPMS Cawangan Gerik dan YDP Tuan Haji Mustafa, kini Ketua Sektor Jaminan Kualiti Jabatan Pelajaran Negeri Perlis. Pada majlis ini telah mengumpulkan seramai 1000 orang pelajar dari seluruh dari Hulu Perak. Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan sehinggakan ramai pelajar yang tidak dapat masuk ke Dewan Serbaguna Daerah Gerik.
Program ini, akan menjadi titik tolak kepada pergerakan akar umbi mula dirasai. GPMS mesti menyusuri akar, agar ia lebih mantap dan mampu bertahan lasak pada masa hadapan. Diharapkan semua GPMS cawangan dapat meneruskan agenda pembangunan bangsa Melayu terus menerus tanpa kenal jemu dan tahankan diri dalam perjuangan.
Terima kasih dan salam perjuangan.
Belajar Terus Belajar
Last Updated (Tuesday, 09 March 2010 12:21)
Kembara Didik BermulaSalam, Untuk pengetahuan pelayar sekalian,GPMS Perak ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jabatan Pelajaran Negeri Perak telah memberi kelulusan untuk pihak GPMS bergerak ke sekolah-sekolah mulai bulan Mac hingga April. Beberapa sekolah telah memberi persetujuan untuk pihak GPMS Perak melaksanakan Program Kembara Didik ini. Pihak GPMS Perak akan bermula mengembara ke Sekolah Menengah Tun Abdul Razak, Selekoh pada 15 Mac 2010. Sekolah ini telah memberi komitmen untuk memberi laluan serta memohon pihak GPMS Perak bersama-sama dengan pihak sekolah tersebut. Beberapa sekolah telah memberi komitmen, seperti SMK Dato' Abdul Rahman Yaakub, SMK Sultan Abdul Jalil, SMK Anderson dan beberapa sekolah lagi. Pihak GPMS Perak ingin mengajak GPMS Cawangan-cawangan lain yang berada di Negeri Perak untuk mencadangkan agar Program Kembara Didik ini dirasai, dihayati oleh pelajar-pelajar di seluruh Negeri Perak. Insya-Allah, dengan berkat usaha kita yang kecil ini, akan diberi hidayah dan dorongan perubahan dari Allah SWT. Doakan agar kejayaan bersama-sama pengembara Didik 2010 untuk membawa nama GPMS Perak ke seluruh pelusuk daerah. Salam Hormat. KEMBARA DIDIK DAN SEMINAR PERKADERAN
Salam... GPMS Perak telah bermesyuarat pada 20 Februari 2010 yang lalu. Beberapa keputusan telah dicapai untuk menggerakkan program menyusuri akar umbi. Beberapa program telah dibentang untuk mendapatkan persetujuan ahli mesyuarat. Program Kembara Didik 2010 yang akan turun ke sekolah-sekolah. Keduanya, Seminar Perkaderan 2010, pada 26 Mac hingga 28 Mac 2010. Pada masa yang sama, GPMS Perak telah mempunyai 18 Cawangan GPMS di seluruh Negeri Perak. Persetujuan setiap Yang Dipertua GPMS Cawangan memberi laluan dan kemudahan kepada pihak GPMS Perak untuk bergerak untuk pemerkasaan anak bangsa. Last Updated (Monday, 22 February 2010 16:36) |



